Sunday, October 14, 2012

SI CIK KIAH DIVA NAK HABAQ SAT NIHH ...

MUNGKIN POST INI TIADA APA YANG MENARIK CUMA SAJA NAK BERCERITA
satu hari yang membosankan dan saya pula mmg x betah tinggal didalam rumah dengan hanya makan minum tgk tv dan main dgn KUCING saya haiyyoo boleh gila dibuatnya
tambah pulak rumah tgh ade renovation di rumah ni so,, hmm mmg bingit telinga mendengar bunyi mesin2 yang ada,
so, tanpa disedari saya decide untuk keluar rumah tanpa apa-apa niat dan xtau nak ke mana yang saya tahu saya nak gi KL,
tapi,, KL tu kan besar giloooss mane lah saya tahu nak gi mana adehh -_______-"
saya dengan selambanya bersiap umpama diva ----> selendang bercorak Tribal di kepala dengan lilitan khas bersama inner neck, baju pink terang yang saya beli di bazaar UITM saya, seluar hitam saya melangkah keluar dan terus menuju ke stesen bas
tadaa.. KE LRT KELANA JAYA DULU LAH
then saya pon beli tiket ke kl sentral,, sepanjang menunggu tren lrt datang saya pelik sbb ramai sngt yang berpakaian sama berbaju tshirt hitam berjalur hijau dan tertera we run KL something like that lahh
haa.. menarik ni,, ingatkan nak ikut diorg skali oooppss diorg x turun kat kl sentral lah pulak, tiket saya menuju ke kl sentral sahaja,, xpelah xde rezeki
kat KL SENTRAL pulak ade lagi hal yang terjadi. haihh dunia dunia!
ANDA PERNAH KENA TAHAN DENGAN MAKHLUK2 YANG PAKAI BAJU BIRU YANG TERTERA CELCOM DIBAJUNYA? LALU BERKATA "KAK DAH UMUR 18? AMBIKLAH SIM CARD NI FREE2" free nenek die lahh habis 10 ringgit aku melayang sbb xtahan cara diorg menahan aku dengan menolak dan menarik barg2 yang aku pegang, so PERHATIAN KEPADA WARGA MALAYSIA KALAU BERJALAN DI SEKITAR MASJID JAMIK JALAN TAR TU, STESEN MONOREL KL SENTRAL AND BANYAK LAGI LAH KAWASANNYA OHH BUKIT BINTANG PON ADA,, KORG JAGA-JAGA DAN HATI-HATILAH! BERANI UNTUK BERKATA TIDAK OKAY??
HAA dah mcm cik kiah dah aku bercerita ni ,, then aku pon masuk ke BB PLAZA satu je lah yang aku boleh describe SYURGA BAJU!SYURGA DUNIA FESYEN
ya allah banyak gila baju2 yang aku nak sngat kat situ dijual dengan harga yang teramatlah murah berbanding di blog online ,, aksesori mcm rantai BIB tu boleh dapat dengan harga KURANG RM20 weyhh
then ape lagi ehh? belt pon rm9.90, baju die bawah rm50,,
kalau aku ikutkan hatilah tadi mmg licin gamaknya duit dalam bank tu
okay kalau pembaca suma nak tahu SAYA MEMANG SEORANG PECINTA FESYEN BAJET (: (BAJET MAKSUDNYA MURAH LERR BUKAN POYO TUU -____________-")
SO ape2 je yang ade SALE TU MMG WAA SAMBAR DULU LAHH YEE?
haha okay dah wanie dah cukup2 lah bercerita pasal fesyen and gila syopping hang tuu
hmm then apelagi mkan MCD samurai burger untuk dinner mmndangkan tadi before keluar rumah smpat sarapan je pagi tu makan lunch nye tidakk,, jumpa baju terus x lapar,, haha bagus gak ni BOLEH JADI TERAPHY UNUTK kurus dengan cepat iaitu mengikat perut untuk mengumpul duit daripada makan dan digunakan unutk shopping WAHHH! HEBAT!
then bila dah makan suma apelagi gerak balik lahh memandangkan hari pon dah malam
hmm masa dah smpai di stesen monorel bukit nanas pula ada JUNGLE BAZAAR,, hhaa!! lupa nak bagi tahu saya juga pengemar barangan vintage ataupun bundle , kadangkala koleksi bundle diorg ni unik sangat dan boleh didapati dengan harga yang teramatlah murah. ade garage / boot sale, arts performance, bazaar, foods stall, night performance AND BNYAK LAGI LAHH
haaa,, lama gaklah saya lepak disitu so jawabnya mmg balik rumah tersangat lah malam,,
balik2 je mak kata nak ikut abah pergi pasar borong x wanie? saya pon ape lagi? naaakkk!!! haha nak tahu sbb die? sbb saya nak beli barang2 untuk masak singgang ikan dan sambal sotong sumbat,, hmm yummmy! nnty bile ade mase mengizinkan saya post gambar masakan okay?
bila pergi ke pasar borong selayang tu, abah mesti akan singgah ke INTERNATIONAL YOUTH CENTRE cheras untuk hantar semua barang keperlauan katering dia
so ape lagi kitorg pon pergi jugak lah DONTOWN CHERAS,, not bad whaatt, cuma kat situ bnyak sngt org2 yang SAKAI.. mcm mana sakai ttuu? haaa,, korg kena dtg sana and tgk sendiri
abah and mak berurut manakala aku mencari kasut yang murah dan beli teddy bear yg murah jugakk.. haaa! imagine kasut jalan biasa tuu aku dapt beli 2 PASANG UNTUK RM20 BABE!! MURAHH GILOSSS, haha dan teddy bear yg comel utk temn aku berharga rm10
boleh gila aku tgk barang2 murah setiap hari ni
hmmm then ape lagi pekena steamboat kat situ mmg wajib sedap jugak lahh and murah sangat sbb satu batang hanya rm1
okay dah penat bercerita sekarang saya ada dirumah dan menghadap laptop ni sambil menaip cerita yang teramatlah panjang untuk pembaca blog saya
jadi jam telah menunjukkan 6.16 pagi, 14/10/2012 saya rasa saya perlukan rehat yang mencukupi okay, insyaallah saya akan menulis lagi byee222 (:

No comments: