Sunday, June 26, 2011

lorong haji taib chow kit

dalam dunie ni satu jea yg kite prlukan, rase kasih syg.. tnpe kasih syg. semua akan mati.

tp bile kite renung sejenak ramai ke manusia yg ade perasaan kasih syg tu? haihh.. dh xde..

nak tgk contoh?
hmm kepada awek n bf diorg mule2 syg.. mmg terlalu syg. smpai x dapat nak bendung dah kasih syg diorg buat aksi terlarang. bile lahir insan yg patut disayangi, diorg buang.. mane kasih syg yg asal tu? hilang dh?

n then kepada parents
saye x slh kan sume tapi kepada yg tergolong ni je lah..
nak kahwin wahh bukan main die syg bini syg laki, dh dpat anak bertambah sayang.. anak2 time kecik ditimang-timang bile dh besar? mane menghilang?


haihh...
macam mane kita nak maju, mmg lah dunie skrg ni kite x patut tgk bnde yg buruk, kite kene sntiasa kat positive sidelah move on lah ape lah.. tp ade x kite semua fkir bhwa bnde yg buruk n teruk tu lah yg bakal makan negara n agama kite satu hari kelak kalau kite pnye generasi x bendung?


hmm,, bukan ape just terkilan, td tu sekadar coretan mukadimah
mlm td aku ikut bapak aku g chow kit nak tgk mcm mane panorama malam kat situ.
ternyata ape yg digmbarkan kat tv sumenye betul..
aku terkilan bile tgk bnyak laki jd nyah then jual bdn n majoriti MELAYU
aku terkilan tgk pakcik melayu pakai songkok beli nombor kat cine yg jual hp dpn mate aku..
aku terkilan bile ade pelacur dtg dkat ngan kereta aku nak cari duit,.
aku terkilan tgk ade isteri org berurut ngan laki tepi jalan n suami n anak2 sekadar tgk dlm kereta

haihh mngapakah..


mmg nak kiamat dunie ni

Saturday, June 18, 2011

wanie




wanie skrg akan cuba senyap n x merayau sangat sbb die dh mnyesal x blaja betul2 lepas keluar dari mrsm. wanie akan cube belajar smpai berjaya mcm dlm gmbar ni, thnx,, awayy..

Thursday, June 9, 2011

hari jadi aizat 7/6/2011

ngee.. nothing much to write..
kami berjalan dan aku menipunya aku dihantar oleh abahku padahal aku gerak stngah jam awal dari die sbb nak beli kek kat SECRET RECIPE.. ngehehehe.. sorry syg..
kami berjalan di snway sgt sweet tp skjap je sbb ptg kene g tusyen maths n science
makan di kenny..
first time aku wat tudung mcm dlm gmbar ni..
saye x romantik sgt! haha.. buktinya? aku beli tiket wayang X-MEN FIRST CLASS JE UTK DIE..
so tu shja,, ggooddddbbyyeee! <3






omaiigaaddd! nape lawa sgt?

alhamdulillah..

sume gmbar di fb xtermasuk di album org tnpe hijab telah saye buang.

Wednesday, June 8, 2011

rindu ok bye

Hanya Stokin, Namun Aku Bersyukur

Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.

Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.

Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.

Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.

Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.

Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.

Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Monday, June 6, 2011

sila lah bace ye.. sile2..

13 ALASAN TIPIKAL WANITA Y TIDAK MENUTUP AURAT
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

i just can't wait for someone's brthday tmrrw!


saya x kan bukak tudung dh. tu janji.


xtau nape smlm terfikir jauh sgt.
hmm.. smpai ttbe keinsafan tu dtg.
aku sedar aku sape n aku xkan dedah2 kan sume aurat aku kat laki dah, yg lepas tu biarlah kite jadikan sempadan.. hmm skrg ni aku nak jage diri aku elok2 mmndang kan ini lah tahun terakhir aku bersame keluarga. tahun dpn maybe akan terpisah sbb nk sambung belajr sume, harap2 aku berjaya, amiiinn,,
aku jnji dgn diri aku utk tidak pkai ketat2 dah. sbb pkai tudung tp pkai ketat no use jgak en? serupa x pkai tdung je. serupa bogel je. hmm,,
xpelah wanie, tu janji, bye,,

semalam yang best tp..

mule pergi lbrary. stdy balik, buat hw sume ,, mcm biasa lah, hmm bg aku bljar ni x perlu lah nk menunjuk semua taruk gmbar sume,, ish3,, riak en? haha.. tp aku rase mcm aku lak yg riak skrg,,
kalau nak belajar tu belajar je lah x yah g tau org pon,, tuhan tau okay?
okay2..dh wanie biar je lah ape org nak buat, haiiyyoo..

yup! smlm aku tgk bnde comel ni kat wayang.


sgt best n ade part2 yg ttbe air mate aku meleleh. hehe.. kalau tgk dgn mak n abah msti lagi best tp diorg sibuk.. hmm
so aku g ngan adik aku lah en? then balik tu ade org yg bisu n pekak yg berbngse cine dlnggar dgn kereta yg dpndu oleh lelaki mabuk yg berbngsa india. n aku yg berbngsa melayu pon tlg lah lelaki yg DI langgar tu. kesian sgt. aku jd x keruan sbb terkejut tgk accident dpn mate, haihh,, no plat kereta yg langgar tu WQL 6008.. terbaik oh kau! dh langgar lari gitu je. x tlg ape pon!
so pesanan aku

Friday, June 3, 2011

cuti-cuti rindu langkawi!

okay i miss my friends.. x hangout ngan diorg pon xpelah coz dh g lngkwi dh nk upload gmba tp diorg xpkai tudung so i hormat okay ? so bye2 <3 loves